Powered By Blogger

Friday, November 12, 2010




 


Salam kepada sahabat2 yang dikasihi Allah sekalian..moga kalian sentiasa berada dalam rahmat dan mawaddah Allah SWT. Untuk post yang pertama ini..suarahati ingin berkongsi sedikit pengalaman hidup yang sahabat2 sekalian pernah juga melaluinya jika ada.....




Hari-hari yang kulalui sebagai seorang student di campus Malaya adalah seperti biasa..pagi 19hb Oktober 2010 selepas Subuh..aku bersiap-siap untuk ke kuliah Biostatistik..Hari tersebut aku ada satu presentation Kursus Kemahiran Maklumat serta test Bioorganism..Selesai presentationku bersama ahli kumpulanku tepat jam 1.30 petang...handset canngihku ku silentkan demi kemaslahatan bersama...




Selepas tamat KKM,ak bersama sahabat2ku terus ke Dewan Kuliah 2(ak pun x pasti) untuk menghadiri test Bioorganism.. tiba2 ak teringat ensetku..ak lihat di skrin ensetku ada 1 miscall dan 1 message..ku buka..panggilan dari ayahku dan juga mesej darinya.."Tok Kritikal Balik Segera"..begitulah bunyi mesej tersebut..tanpa kusedari air mataku membasahi pipi..sebak di dada tanpa ku dapat berkata apa-apa..ak trus panik n xtahu mahu buat apa dan bagaimana...ak trus mengkhabarkan berita tersebut kepada sahabatku..Atikah..dia menasihatiku agar menduduki test terlebih dahulu kemudian baru pulang ke Kedah..aku akur dgn nasihatnya..Ak segera menunaikan solat Zohor dan dalam sujudku memohon agar Allah permudahkan tokku dan memberi kesempatan padaku untuk berjumpa dengannya..




Selesai ak menjawab test, kira-kira jam 3.15 petang(15 min sahaja ak mjwab test), aku trus minta izin kpd lecturerku untuk keluar awal kerana ada emergency case..lecturerku membenarkan..

Terusku ambil shuttle bus dan ku pulang ke kolej utk ambil beberapa dokumen penting dan beberapa helai pakaian..kuambil teksi dan terus menuju ke Hentian Duta..tiketku pada jam 4.30 petang, bas cosmic..




Bas yang kunanti tiba...kuteruskan pjalananku ke Kedah..sepanjang pjalanan, ku sempat berkenalan dengan seorang student tahun akhir di Universiti Utara Malaysia(UUM), warga Yaman..banyak pengalaman hidupnya sebagai seorang plajar dikongsikan bersamaku..bas yang ku naiki berhenti di suatu tempat,Bukit Gantang..disinilah tempat ak membeli seplastik jeruk buah jambu air dan ku suapkan jeruk jambu air tersebut kepada tokku kira2 2 minggu yang lalu semasa ak pulang menjenguknya d kampungku..ak langsung tidak membeli apa2 disitu kerna tingatkan tokku yang suka makan buah-buahan tempatan..






Setengah jam berlalu pjalanan dteruskan..akhirnya kira2 jam 11.30 malam aku sampai di Plaza Tol Alor Star..Ayahku mengambilku disitu dan trus membawaku ke Hospital Sultanah Bahiyah..langkah kakiku laju tatkala tiba disitu..sgala perasaan sedih,sebak,takut semuanya bermain2 di benak hati dan fikiranku..ak melangkah menuju ke wad 3C.....to be continued..

No comments:

Post a Comment