Powered By Blogger

Saturday, November 13, 2010

Ku pandang di suatu sudut sekujur tubuh sedang terbaring lesu..Ya..memang amat kukenali..tokku..Allahuakbar..!! Lemah sgala anggota badanku..ku rapati diri ke sisinya..ku hadiahkan sebuah kucupan teristimewa buat insan yang kusayang..terus ku ambil Surat Yasin dan terus membacanya.. di dalam hati ku doakan moga tok cepat sembuh dan Allah ringankan kesakitannya..






Masa terus berlalu sehinggalah keesokan harinya..ak hanya bermalam di wad shj tidak pulang ke rumah wlupun hanya 2 km dr umahku ke hospital..tiba aja waktu melawat terus ak masuk menjenguknya..Tekanan darah tokku semakin menurun..kami diuji lagi..Doktor sedaya upaya memberikan rawatan yg terbaik kpd pesakitnya..tiada apa2 yg mampu kuungkapkan melainkan berdoa,solat hajat dan membaca Yasin serta Al-Quran untuknya..






Waktu melawat tamat untuk sesi t/hari, kami sekeluarga turun bawah untuk makan t/hari di cafeteria..M.longku memberitahu bahawa doktor cuba memasukkan wayar ubat melalui jantungnya di bahagian dada..dgn kuasa Allah, tekanan darahnya naik secara mendadak daripada 80/40 terus kepada 103/70..ak menarik nafas lega..alhamdulillah..syukur






Petang itu, doktor pakar memanggil anak2tokku untuk bermesyuarat sebentar..menurut doktor, pembedahan diperut masih boleh dijalankan tetapi risiko operation ini sangat tinngi..walaupun keadaan darah sudah stabil, tetapi belum tentu pembedahan ini berjaya 100%..sebenarnya..biarku ceritakan apa sebenarnya sakit tok..tokku telah sakit agak lama kira2 tempohnya sama dengan usiaku,tetapi bermula 2 minggu yang lepas sebelum tok sakit tenat, ak telah pulang ke umah menziarahi tok setelah dikhabarkan tok tidak boleh bergerak sendiri, nak ke kiri dan kanan semuanya perlu dibantu..tangannya terasa kebas..x dpt nak pegang barang..camtu..pastu semasa ak pulang semula ke UM, keadaannya sedikit baik..ada progressnya..2 minggu, ak dikhabarkan tokku sakit di dalam perut. x boleh disentuh sedikitpun..semuanya serba x kena..

Akhirnya, M.Langku putuskan kena juga bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah wlupun pada awal pagi telah dibawa ke Kedah Medical Centre.Bermula hari itu,petang Ahad, tokku dimasukkan ke hospital. Disyaki ada masalah di usus kerana tokku x dpt membuang air besar secara sendiri.






Sambung kepada kisah tadi, seluruh ahli keluarga bersetuju untuk dijalankan pembedahan kerana itu memang tujuan sebenar tok nak datang hospital.kani penuhi hajatnya..kami redha dengan qudrah Allah Ta'ala. "Apabila kamu telah berazam,maka bertawakkallah kepada Allah"..ak memegang firman Allah itu..malam itu, Selasa malam Rabu, tok dibawa ke bilik operation..dia dalam keadaan tidak sedar sejak dari hari Isnin lagi kerana telah dimasukkan ke mulutnya tiub pernafasan..walhal sebelum itu dia boleh bercakap seperti biasa..






Ak,ayah,M.Su,M.Lang, P.Cik Nus mengiringinya ke bilik pembedahan..tok dimasukkan dalam bilik operation,ayahku dan p.cikku sahaja dibenarkan masuk ke dalam kerana ada penerangan daripada pihak doktor..kuintai disebalik cermin gelap, kunampak tangan tokku bergerak2 gerak..dia seperti tengah sedar..

3 jam berlalu..selesai operation..tok dimasukkan ke ICU..






Aku masuk melawatnya dalam ICU kira2 waktu itu jam 3 pagi..seram sejuk juga ak ketika itu kerana suasana ketika itu sangat sejuk dan melihat keadaan pesakit yang pelbagai..AllahuAkbar..kugagahi langkah ini tanpa memandang kekiri dan kekanan, terus ke katil no.3..Sesampainya ak..Luluh hati ini biarpun operasinya telah berjaya..ak x dpt mengenali tokku sendiri..berbeza!! Air mataku mengalir laju..namun ku gagahi diri ini merapatinya dan terus mengucupnya..ku ajarkan kalimah 2 syahadah...Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah..






Esoknya..ramai sanak sedara yang datang melawat..ak x sempat nak melawat semasa time melawat tengah hari.Kerana terpaksa menunggu giliran..Aku masuk pada waktu petang..Kulihat raut wajahnya putih bersih, ada kerutan2 di dahinya..ku tanyakan pada nurse yang mengawasinya..apakah maksudnya? Nurse memberitahu bahawa petang tadi, tok membuka mata, dia sedar..alhamdulillah..perkembangan yang baik..kenapa? ak bertanya lagi..Dia menjawab kerna ubat bius telah habis..oo..ak memanggil2 tok..dahinya berkerut..tanda dia dengar panggilanku.."Tok, nana datang nie, nana balik tengok tok..nana doakan moga tok cepat sembuh dan dapat balik umah seperti sediakala"..begitulah kata2 yang kuungkapkan padanya.."Ingat Allah selalu tok,Istighfar dalam hati, wlupun tok x dpt nak ckap..Allah masih dengar suara hati.." Raut wajah tokku seakan-akanhendak menangis, dia membuka mulut seperti hendak menyatakan sesuatu kepadaku, matanya turut buka.."Tok,Ingat Allah na","Cik sayang tok", kukucup dahinya..kubasahkan mukanya dengan air Yasin...Kubacakan Yasin..






Khamis,21Okt 2010, mak sedara dan pak sedara yang melawat tokku mengatakan tekanan darahnya tidak memberansangkan..ak terus masuk ke bilik ICU..benar..wajahnya di bahagian sebelah kanan bengkak..bengkak air kerana air yang di masukkakn ke dalam badannya banyak, tetapi dia tidak dapat membuang air kecil secara normal..terpaksa menjalani haemodialisis pada range yang paling slow..






Allah menguji kami lagi sekeluarga..sepanjang malam,Khamis malam Jumaat, kami bergilir2 masuk menjaganya dan membacakan surah Yasin serta xhenti-henti mengajarkan kalimah 2 syahadah..ak diminta oleh ayahku masuk membacakan doa perawatan secara angin ahmar..petua daripada Ustaz 'Izzat Shauki, ADUN Bukit Lada..(kwan baik ayahku)..ak akur..terus ku ambil wuduk dan masuk ke dalam ICU..






Pagi Penghulu sgala hari, Jumaat,22 okt 2010..ak pulang sekejap ke rumah untuk sarapan dan mandi..selesai sarapan..kami menerima panggilan telefon,M.longku memberitahu tekanan darah tokku telah menurun secara mendadak..kami terus bersiap2,ku capai tudungku..M.Su berkata" Kita nak p dengan apa ni?" Kebetulan waktu itu P.Su ku mbawa kereta M.Su ku ke tempat kerja..Spontan ak menjawab, keta P.Su ada..jom.." cik drive"..aku trus capai kunci kereta wira, terus membawa mak n m.su ke hospital.






Sampainya kami di sana..terus meluru masuk ke bilik ICU...ak tunggu di luar..membaca surah Yasin..selepas itu, barulah ak masuk.".Ya Allah..tabahkanlah hati kami semua menerima ujianMU "..ak lihat bacaan di monitor 24/24..tekanan darah sudah x dapat dikenalpasti lagi..






Tepat jam 1.30 petang ketika seluruh ,muslimin hendak menunaikan solat Jumaat..tokku telah kembali ke rahmatullah..Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raaji'un..al-Fatihah buat allayarhamah Patimah Binti Ariffin..Begitulah kisah yang ingin ku kongsikan pada sahabat-sahabat semua...






Perit untuk ku terima semua ini..namun ku perlu sedar dan ingat..inilah Ujian Allah kepada hambaNya..Diuji dengan kehilangan insan tersayang..Nasihatku buat semua...hargailah dan berbaktilah kepada orang di sekeliling kita selagi Allah masih beri peluang..Moga Allah tempatkan roh tok bersama2 dengan orang2 yang beriman...amin ya Rabbal 'Alamin.




- al-Fatihah-

3 comments:

  1. salam ya ukhti habibatie..stiap yg bernyawa pasti akan kembli pd penciptanya..kta yg msih hdup byk2kn berdoa dan ambillah stiap kematian itu suatu pengajaran utk kta sntiasa menambah baikkan amaln kta di dunia..insyaAllah..=)

    ReplyDelete
  2. salam juang buat puteri yumna =)

    moga terus kuat menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang...

    lumrah pejuang, "walaupun payah, x akan jelak!"

    ReplyDelete